Nasruddin Hassan Tantawi
Nasruddin Hassan

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta menilai sebenar sikap sebenar DAP yang diselubungi amarah dendam dan benci terhadap penyatuan ummah hingga sanggup melabelkan pelbagai konitasi negatif untuk menakut pelbagai kaum.

Sedangkan, kerjasama Umno dan PAS untuk melindungi kepentingan umat Islam selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei lalu.

Kerjasama UMNO-Pas bertujuan untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia tanpa menzalimi bangsa dan penganut agama yang lain sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan, asas kerukunan negara mesti dipelihara supaya negara terus membangun dengan stabil, aman dan harmoni.

“Namun, sikap DAP yang anti kepada penyatuan umat Islam adalah biadap dan keterlaluan,” katanya yang menemplak kenyataan biadap Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan kerjasama UMNO-Pas sebagai pengisytiharan kepada bukan Melayu tetapi perkataan perang itu kemudian dipinda kepada ‘sasaran kepada bukan Melayu’.

Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat kemudian mendakwa kerjasama itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Afghanistan yang diperintah oleh Taliban.

Tegas Nasruddin, Guan Eng dan Kor Ming boleh datang ke Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang untuk meninjau kehidupan masyarakat di negeri yang diperintah oleh PAS dan Umno.

Malah, ketika PAS berada dalam kerajaan negeri Selangor pada tahun 2008 hingga 2018, PAS tidak sekali-kali menzalimi kepentingan agama dan kaum lain. – MalaysiaGazette