Aiman Tino
Aiman Tino. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Aiman Tino berharap isu video tular yang dikaitkan dengannya tidak dipanjangkan lagi.

Menurutnya, pihak pengurusannya sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikannya dapat diselesaikan segera.

“Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, Aiman juga memohon maaf kepada semua pihak terutama rakan-rakan media yang diakuinya banyak membantu kariernya.

“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang anda semua,” katanya lagi.

Menerusi video berdurasi 30 saat yang tular sebelum ini, wajah lelaki mirip Aiman itu jelas kelihatan pada lima saat pertama sebelum dia dilihat berundur ke belakang bagi mengelak wajahnya dirakam kamera.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melakukan aksi tidak senonohnya dipercayai di dalam bilik.

Bagaimanapun, penyebar video itu menutup kemaluan lelaki tersebut menggunakan stiker gerak sepanjang video itu.

Dalam pada itu, segelintir netizen percaya individu tersebut adalah penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu kerana bingkai gambar di dinding bilik video itu dirakamkan sama seperti dalam video terbitan sebuah portal ketika berkunjung ke kediaman Aiman sebelum ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/12/aiman-tino-ke-tu/

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast