NEW DELHI – Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini mengeluarkan notis meminta parti-parti politik bertanding tidak menggunakan foto tentera dalam poster atau sebarang sepanduk kempen.
Notis peringatan itu menyusul selepas gambar yang tular dalam media sosial sejak akhir-akhir ini menunjukkan Parti Baratiya Janata (BJP) pimpinan bekas Perdana Menteri India, Narenda Modi menggunakan foto tentera dalam poster kempennya.
Poster itu memaparkan foto juruterbang jet pejuang tentera udara India yang diserahkan oleh Pakistan selepas bertempur dengan India di wilayah Kashmir baru-baru ini.
Suruhanjaya itu dalam notis yang dikeluarkan di laman web rasminya pada Sabtu lalu berkata, setiap parti politik bertanding yang terlibat dalam kempen harus mengelak daripada menggunakan sebarang gambar melibatkan pertahanan negara.
Pihak tentera merupakan pihak neutral dan tidak berpolitik dalam demokrasi moden hari ini,” kata kenyataan tersebut.
Arahan pada tahun 2013 menyebut mana-mana parti berkempen dilarang menggunakan foto atau gambar pegawai tentera dalam apa jua keadaan sekali pun di dalam pengiklanan, propaganda atau kempen yang berkait rapat dengan hal pilihan raya politik dan juga calon bertanding.
Juruterbang Pakistan, Abhinandan Varthaman pesawatnya ditembak jatuh oleh tentera Pakistan pada 27 Februari lalu semasa pertempuran di antara dua kuasa besar nuklear itu di Kashmir yang mengakibatkan 40 polis para tentera India terkorban.
India menuduh Pakistan bertanggungjawab di sebalik serangan itu dengan menyokong anggota militan di negara itu yang kemudian dinafikan negara Islam itu.
India kemudian menyerang di sempadan Pakistan dengan mendakwa militan itu memiliki kem latihan di situ sebelum pesawat Varthaman ditembak jatuh.
Sejak serangan itu semangat nasionalisme India bertambah kuat dalam kalangan warganegara itu.
Poster terbaharu kempen pilihan raya India dalam media sosial menunjukkan sebuah billboard gergasi memaparkan wajah Modi bersama wajah Varthaman di New Delhi.- MalaysiaGazette