TERKINI : Duit PAS Dalam Poket Ahli-Ahli PAS Bukan Bendahari! – Naib Presiden PAS

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad membidas bekas Bendahari Pas Pusat, Asmuni Alwi dengan menyatakan beliau tidak menjalankan tugas sebagaimana yang dipertanggungjawabkan.

Menurut Iskandar, kenyataan Asmuni itu menggambarkan beliau tidak tahu akan aliran keluar masuk wang parti.

Asmuni pada Khamis melahirkan rasa terkejut dengan kepimpinan Pas yang didakwa tidak mengusik dana parti.

Beliau yang menegang jawatan itu selama dua tahun dari 2015 sehingga 2017 berkata ada program yang dianjurkan parti itu menelan belanja jutaan ringgit namun tidak meminta sebarang peruntukan daripada beliau.