TERKINI : LGBT! Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Untuk Mengatasi – Ulama Pas

KUALA LUMPUR – Tugas dan tanggungjawab untuk membendung gejala Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender (LGBT) adalah merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk diselesaikan.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, ia menjadi satu tanggungjawab kerajaan bagi mencari jalan dalam memastikan rakyat yang terjebak dalam aktiviti songsang itu dikembalikan fitnah mereka kepada asal.

Beliau diminta mengulas mengenai himpunan dan perarakan Women’s March yang diadakan semalam, yang turut merakamkan melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ oleh penyokong LGBT.

Malah mereka turut dilihat mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu. Perarakan itu pada mulanya bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia, namun kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.