KUALA LUMPUR – Pas telah mengarahkan Jabatan Amal Malaysia di bawahnya turun ke Pasir Gudang membantu agensi kerajaan menangani mangsa pencemaran kimia.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, anggota Jabatan Amal turun ke lapangan bagi memberi bantuan kepada mangsa terlibat.

“Semua pihak perlu bersegera untuk mengawal keadaan di Pasir Gudang, bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat keseluruhannya.

“Semoga Allah melindungi kita semua,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Abdul Hadi, pihaknya mengajak semua pihak untuk mengambil langkah yang perlu selain berdoa agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast