Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot bagi mengesan mangsa-mangsa banjir di Papua, Indonesia. foto Agensi

JAKARTA – Sekurang-kurangnya dilaporkan terbunuh manakala lebih 60 orang hilang selepas banjir kilat melanda Papua, Indonesia.

Para penyelamat sedang berusaha untuk tiba di kawasan pedalaman daerah itu.

Pencarian mangsa-mangsa diteruskan di bandar Sentami – salah satu kawasan yang paling teruk terjejas.

papua2
Pokok-pokok tumbang menyukarkan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa banjir di Papua, Indonesia. foto Agensi

Jalan-jalan raya disekat oleh runtuhan tanah dan pokok-pokok yang tumbang.

Air yang baik telah merosakkan dua jambatan dan lebih 100 kediaman.

Lebih daripada 4,000 penduduk diperintah meninggalkan kediaman masing-masing dan beberapa penduduk diberi perlindungan di pejabat-pejabat kerajaan.

Penduduk tempatan berkata, hujan monsun yang melanda pada hari Sabtu lalu berterusan sepanjang malam hingga mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh.

 

papua3
Kenderaan turut ditenggelami air selepas Papua dilanda banjir kilat Sabtu lalu. foto Agensi

Banjir biasa berlaku di Indonesia terutama pada bulan Oktober hingga April.

Agensi bencana Indonesia mengesahkan 51 orang terbunuh di bandar manakala tujuh lagi di Jayapura.

Seorang bayi lima bulan terselamat ketika ditemui dalam runtuhan dan telah diserahkan kepada bapanya. Ibu bayi itu dilaporkan masih hilang. – MalaysiaGazette