Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak susut pada awal dagangan hari ini susulan kebimbangan kelembapan ekonomi akan menjejaskan penggunaan bahan bakar.

Namun, pasaran minyak mentak disokong oleh pengurangan bekalan oleh OPEC dan sekatan secara agresif ke Iran dan Venezuela oleh Amerika Syarikat.

Niaga hadapan Brent didagangkan kepada AS$67.03 setong pada 0053 GMT, susut AS$0.13 atau 0.2 peratus berbanding harga penutup. Paras itu tidak jauh daripada harga AS$68.14 setong yang dicecah pada minggu lalu.

Manakala niaga hadapan penanda aras minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate pula diniagakan pada AS$58.37 setong pada 0053 GMT, jatuh AS$0.15, juga hampir dengan harga tertinggi yang direkodkan sebanyak AS$58.95 pada minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast