Anggota Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) hadir bagi membuat pemeriksaan dan mengukur kualiti udara di sekitar kawasan tong yang dibuang berhampiran cabang Sungai Kim Kim di Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 18 MAC 2019.

PASIR GUDANG – Seramai 146 mangsa baharu akibat pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim dicatatkan pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal yang memberitahu status terbaharu bilangan mangsa bagi kes itu berkata, bilangan tersebut direkodkan setakat pukul 5 petang tadi.

Katanya, maklumat berkenaan diperoleh dari Pusat Rawatan Awal Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini.

“Daripada jumlah itu sebanyak 12 kes dirujuk ke hospital kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – MalaysiaGazette