Rakaman menunjukkan bahagian belakang pesawat Fokker 100 terbakar ketika mendarat. foto Agensi

GENEVA – Sebuah pesawat terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Mehrabad, Tehran.

Bagaimanapun kesemua 100 orang penumpang berjaya diselamatkan tanpa kecederaan, kata Jabatan Kecemasan.

Rakaman video oleh agensi berita menunjukkan api dan percikan api dari bahagian belakang pesawat ketika ia sedang mendarat.

Kebakaran itu berlaku selepas brek pendaratan pesawat itu tidak dibuka dengan betul tetapi kemudian dapat dikawal.

Juruterbang tidak dapat membuka roda belakang pesawat dan mengelilingi lapangan terbang dalam usaha untuk cuba membuka semua roda sebelum mendaratkan pesawat, menurut agensi berita Fars.

Pesawat jenis Fokker 100 milik Iran Air yang ketika kejadian terbang dari Kepulauan Iran di Teluk ke bandar berkenaan.

Semasa kejadian pesawat berkenaan membawa 24 penumpang dan 9 anak kapal.

Iran mengalami beberapa tragedi membabitkan pesawat dan helikopter sejak beberapa dekat ekoran sekatan yang dikenakan ke atasnya oleh Amerika Syarikat.

Sekatan itu telah menghalang Tehran membeli pesawat baharu dan alat ganti dari negara-negara barat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast