Seorang anggota bomba menunjukkan beberapa radius dari lokasi punca bencana iaitu Sungai Kim Kim yang terjejas akibat pembuangan sisa kimia di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 16 MAC 2019.

KUALA LUMPUR – Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) ekoran pencemaran toksin di Pasir Gudang semakin berkurangan.

Sehingga jam 9 pagi tadi, hanya 44 pesakit masih mendapatkan rawatan di hospital manakala jumlah pesakit yang telah dibenarkan pulang adalah seramai 40 orang.

“Lapan pesakit baharu yang dirujuk ke hospital setakat 12 tengah malam tadi. Hanya 2 pesakit yang masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan. Pesakit berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Daripada 17 Mac 2019 hingga 12 tengah malam tadi, tinggal 44 pesakit masih dirawat di hospital,” kata Menteri Besar Johor, Datuk Osman Safian dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Osman, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengambil keputusan untuk menutup secara rasmi Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana dan Pusat Rawatan Medic Base Stadium Tertutup Pasir Gudang pada 12 jam tengah hari ini.

“Namun begitu, kerja-kerja pemantauan oleh agensi-agensi yang telibat akan diteruskan mengikut keperluan agensi masing-masing.

“Orang awam yang merasakan mengalami simptom-simptom seperti pedih mata, loya, muntah, sesak dada, sesak nafas dan pening boleh dapatkan rawatan di hospital atau klinik-klinik kesihatan yang berhampiran,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast