KUALA LUMPUR – Program 1Masjid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat.
Pada masa ini sejumlah 6,047 masjid yang telah didaftar di bawah Majlis Agama Islam Terengganu dan Pahang telah melaksanakan program itu sejak 2012.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata pihaknya akan melantik pegawai perhubungan di setiap masjid dan menyediakan peti lawatan polis bagi memastikan kehadiran polis sentiasa disedari.