Saud al-Qahtani. foto Agensi

LONDON – Penasihat Diraja Arab Saudi dipecat ekoran pembunuhan Jamal Khashoggi bukan antara 11 suspek yang sedang dibicarakan.

Pendakwa Raya negara itu telah menamakan 11 orang suspek terlibat dalam kes pembunuhan wartawan itu pada bulan November lalu.

Mereka termasuk lima suspek yang akan berdepan dengan hukuman bunuh kerana mengarah dan terlibat dalam jenayah itu.

Saud al-Qahtani, merupakan pembantu kanan Putera Mohammed bin Salman sehingga dia dipecat.

Dia kemudian dikenakan sekatan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat.

Qahtani didakwa tidak berada di mana-mana empat Mahkamah Sesyen sejak Januari lalu, menurut tujuh orang sumber tahu mengenai prosiding itu.

Dua sumber perisikan serantau memberitahu, Qahtani telah memberi arahan pembunuhan Khashoggi melalui Skype kepada pasukan keselamatan dan perisikannya.

Pendakwa raya Arab Saudi pada November berkata, Qahtani telah bersama-sama dengan Ketua Perisikan, Ahmed al-Asiri, yang mengarahkan penghantaran balik Khashoggi, seorang kolumnis di Washington Post yang telah menjadi pengkritik terhadap dasar Putera Mahkota.ajaan.

Pendakwa berkata, Qahtani telah bertemu dengan kumpulan tersebut yang didakwa menghantar pulang Khashoggi menjelang perjalanan mereka ke Istanbul.

Ketika Khashoggi menolak, perunding utama memutuskan untuk membunuhnya, menurut pendakwa.

Asiri sedang diadili, tujuh sumber memberitahu Reuters.

Tiga sumber mengatakan bahawa Maher Mutreb, perunding utama, dan Salah al-Tubaigy, pakar forensik khusus dalam autopsi, juga sedang dibicarakan dan boleh menghadapi hukuman mati.

Sumber-sumber memberitahu, defenden-defenden yang mempertahan diri mendakwa mereka tidak berhasrat untuk membunuh Khashoggi atau hanya mengikut perintah. – MalaysiaGazette