Antara barangan yang disembunyikan di dalam bangkai tikus untuk diserahkan kepada banduan di penjara, foto Agensi

DORSET – Dadah, tembakau dan telefon bimbit dikesan diseludup ke dalam penjara melalui badan tikus yang sudah mati.

Barang-barang tersebut dijahit dalam tiga ekor tikus oleh seorang pegawai penjara HMP Guys Marsh dekat Shaftesbury, Dorset.

Ia merupakan penemuan kali pertama seumpama itu, kata perkhidmatan penjara.

Kes itu kini sedang disiasat tetapi tidak dimaklumkan sekiranya ada tangkapan dibuat.

Kegiatan itu terbongkar selepas pegawai-pegawai penjara telah membelah bangkai tikus yang dilempar melalui pagar dan menemui dadah.

Merteka turut menemui lima telefon bimbit bersama pengecas dan tiga sim kad.

Barang-barang itu dijual kepada penghuni penjara.

Penjara Menteri Penjara Rory Stewart berkata: “Penemuan ini menunjukkan berlaku keupayaan luar biasa dalam cubaan menyeludup dadah dalam penjara”.

Sebelum ini dron, bola tenis dan merpati telah digunakan untuk tujuan sama. – MalaysiaGazette