Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihak-pihak yang membandingkan Pas dengan Taliban sebenarnya mempunyai sokongan komunis di belakang mereka.

Kritikan itu diluahkan menerusi sebuah pantun yang berbunyi:

Datang bersuluh di Bandar Seremban,
Naik Perahu ke Pulau Manis,
Kamu tuduh kami Taliban,
Di belakang kamu ada Komunis.

Pantun itu dipercayai ditujukan kepada Nga Kor Ming, Kor Ming yang dilaporkan berkata kerjasama UMNO dan Pas akan menjadikan negara ini seperti Afghanistan yang diperintah Taliban, sekiranya kedua-dua parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan sekali gus memecah-belahkan rakyat.

Katanya, rakyat akan menderita apabila UMNO dan Pas membentuk kerajaan kerana keadaan itu disifatkan sebagai tiada patah balik.

Sebelum itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan awal menyifatkan kerjasama di antara Pas dan UMNO telah ‘mengisytiharkan peperangan terhadap bukan Melayu’.

Bagaimanapun kenyataan tersebut ditarik balik dan diubah beberapa minit kemudian selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast