Jacinda Arden.

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai serangan dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu yang meragut 50 nyawa, termasuk masuk risikan negara itu, lapor Reuters.

“Adalah penting bahawa tidak biarkan setiap tindakan yang mungkin telah dilakukan iaitu bagaimana tindakan keganasan ini berlaku dan apa, jika ada sebarang peluang kita hentikannya,” kata Ardern kepada wartawan di Parlimen di ibu negara Wellington.

Beliau berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang mana adalah badan siasatan bebas dan pada kebiasaannya tertumpu pada  perkara yang mempunyai kepentingan awam yang besar, adalah sesuai diwujudkan susulan serangan tersebut. – Agensi