TERKINI : Kerajaan Akan Hapuskan Monopoli – Tun Mahathir

Kerajaan Persekutuan akan mengkaji keperluan untuk menghapuskan monopoli pasaran oleh pemain-pemain industri dalam pelbagai sektor sebagai langkah untuk mengekang kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang keterlaluan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan perlu berhati-hati sebelum cadangan itu dilaksanakan untuk mengelakkan kekurangan bekalan dalam pasaran

“Kita ingin hentikan monopoli, tetapi untuk kita ganti monopoli ini, kita tak boleh hadkan jumlah pengimport terlalu banyak, tetapi orang yang cekap dan mempunyai kewangan cukup, mereka boleh tender bekal beras.