Stephen Wong

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong, 65, meninggal dunia hari ini di Kota Kinabalu akibat serangan jantung.

Beliau adalah ahli parlimen penggal kedua dan juga Pengerusi DAP Sabah.

Difahamkan, Stephen jatuh ketika aktiviti trekking di Tambaig Hill Park di Putatan dekat Kota Kinabalu, Sabah pukul 5 pagi tadi.- MalaysiaGazette