Wow AIr

REYKJAVIK – Syarikat penerbangan Iceland, Wow Air telah menghentikan penerbangannya menyebabkan ribuan penumpang terkandas.

Melalu laman sesawangnya, Wow Air berkata, ia telah menghentikan operasi dan membatalkan semua penerbangan.

Wow Air berkata, penumpang yang mahu meneruskan perjalanan perlu menempah dengan syarikat penerbangan lain.

Syarikat itu sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pembiayaan daripada para pelabur.

Ia menawarkan operasi dari Stansted, London dan Gatwick di UK.

Wow Air berkata, beberapa syarikat penerbangan lain termasuk Wizz Air, Easy jet dan Norwegian akan menawarkan kadar penerbangan pada harga lebih rendah – ‘tambang penyelamat’ dan akan menerbitkan maklumat mengenainya.
.
Syarikat itu diwujudkan pada tahun 2011 oleh Skuli Mogensen dan mula beroperasi pada tahun 2012 dan kini memiliki 1,000 oang pekerja.

Ia menerbangkan 3.5 juta penumpang tahun lalu dengan 11 pesawatnya yang m enawarkan penerbangan jarak dekat dan jauh seperti Copenhagen dan Alicante di Eropah serta Washington dan Boston.

Beberapa syarikat penerbangan kini mengalami masalah kewangan disebabkan kenaikan harga minyak dan lebihan kapasiti dalam sektor tersebut hingga menyumbang kepada masalah mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast