Liga Juara-Juara
Aksi Mane ketika menanduk bola masuk ke gawang pintu gol Bayern Munich dalam Perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

LONDON – Pemain sensasi Liverpool, Sadio Mane terus dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid gara-gara tawaran oleh Zinedine Zidane.

Media Sepanyol, Marca melaporkan pemain kelahiran Senegal menjadi idaman pengurus Real itu kerana menampilkan prestasi memukau dengan menjaring 11 gol menerusi 11 perlawanan terakhir dengan kelabnya.

Kelmarin dia turut cemerlang membantu Senegal walaupun diturunkan selama 15 minit bagi memastikan kemenangan 2-1 ke atas Mali.

Menurut Marca, Mane telah bertemu dengan Zidane yang mungkin mencetuskan pelbagai spekulasi masa depannya.

Namun, Liverpool tetap yakin Mane akan kekal bersama mereka memandangkan Mane menandatangani perjanjian baharu sehingga November 2023.

Mane dilahirkan pada 10 Apri 1992 pernah bermain untuk pasukan Metz, Red Bull Salzburg dan Southampton sebelum ini. – MalaysiaGazette