Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, DSP Mohd Yusuf Shaari berkata, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi tadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya ke pekan Kupang.
“Siasatan awal mendapati kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu ADUN Kupang itu dipercayai membelok ke kanan untuk memasuki simpang di Kampung Landak sebelum terlanggar kereta Perodua Viva dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimapun, katanya, semua mangsa termasuk ADUN tersebut serta pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva, mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Baling.
Mohd Yusuf berkata, ADUN itu mengalami sakit pada belakang leher dan bahu dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. – MalaysiaGazette