Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

LANGKAWI – Kesatuan Eropah (EU) berisiko mencetuskan perang perdagangan dengan Malaysia disebabkan dasar-dasarnya yang tidak adil apabila berhasrat mengurangkan penggunaan minyak sawit, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.

Bulan ini, EU memutuskan penanaman kelapa sawit telah menyebabkan penebangan hutan yang teruk dan penggunaannya dalam bahan api perlu dihentikan menjelang tahun 2030.

Malaysia selaku pengeluar kedua minyak sawit terbesar dunia selepas Indonesia bergantung berbilion ringgit hasil daripada komoditi tersebut dari segi pendapatan tukaran matawang asing dan ribuan pekerjaan.

Menurut Mahathir, layanan buruk EU terhadap kelapa sawit, komoditi yang digunakan dalam semua benda daripada lepa coklat sehinggalah gincu merupakan satu cubaan untuk melindungi bahan alternatif yang dihasilkan oleh negara Eropah sendiri iaitu minyak rape seed.

“Tidak adil jika buat begitu untuk menang perang perdagangan.

“Perang perdagangan bukan perkara yang kita suka tetapi dari sudut lain, tidak adil bagi orang kaya untuk menindas orang miskin,” katanya dalam satu temubual bersama Reuters di sini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/03/28/tindakan-eu-sekat-minyak-sawit-bermotifkan-politik/