Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Rizab tetap boleh guna Malaysia setakat hujung Februari 2019 dengan rizab aset rasmi adalah pada AS$102.36 bilion, mengikut format Standard Data Penyebaran Khas Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF SDDS).

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, aset mata wang asing adalah berjumlah AS$653.8 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman, sekuriti dan deposit dalam mata wang asing yang mana turut merangkumi pembayaran semula berjadual pinjaman luar oleh kerajaan dan pembayaran semula yang telah mencapai tempoh matang dalam mata wang asing Bil Antara Bank BNM berjumlah AS$4.03 bilion,” katanya.

Kedudukan hadapan jangka pendek berjumlah AS$18,356.1 juta manakala kedudukan hadapan jangka panjang adalah AS$600 juta setakat akhir Februari.

Jumlah tersebut mencerminkan pengurusan kecairan ringgit dalam pasaran kewangan.

Sejajar dengan amalan yang telah digunakan sejak April 2006, data tersebut tidak merangkumi unjuran aliran masuk matawang asing yang diperolehi daripada pendapatan faedah dan jangkaan pengeluaran projek berjumlah AS$2,075.5 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.- MalaysiaGazette