TERKINI : “Saya Calon Underdog” – Dr. S.Streram

SEREMBAN – Dr. S.Streram mengakui dirinya sebagai calon ‘underdog’ dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.

Bagaimanapun calon Pakatan Harapan dari PKR itu berkata, terdapat 60 hingga 70 peratus peluang untuk beliau merampas kerusi itu daripada UMNO buat kali pertama dalam 60 tahun.

Ditanya tahap keyakinannya selepas menyerahkan kertas pencalonannya pada proses penamaan calon pagi tadi, kata Timbalan Ketua Cabang OKR Rembau itu PH berpeluang 60 hingga 70 peratus untuk menang kali ini.