Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON/EL PASO, Texas  – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghentikan bantuan kepada El Salvador, Guatemala dan Honduras pada Sabtu selepas Presiden Donald Trump “naik angin” dengan negara-negara Amerika Tengah yang menghantar pendatang ke AS dan mengancam untuk menutup sempadan di Mexico.

Menurut Trump, pihaknya mungkin akan menutup pintu sempadan minggu ini sekiranya Mexico tidak menghalang pendatang tanpa izin memasuki AS.

Pengguna biasa sempadan tersebut termasuk pekerja dan pelajar risau tindakan tersebut akan mengganggu kehidupan harian mereka.

Dalam satu perhimpunan di sempada El Paso, Texas, Beto O’ Rourke berkata dasar imigresen Trump adalah sejenis politik “ketakutan dan perpecahan.”

Jurucakap Jabatan Negara dalam satu kenyataan berkata, jabatan itu hanya menjalankan perintah Trump yang mahu menghentikan program bantuan di tiga buah negara Amerika Tengah yang dikenali sebagai Segitiga Utara.

Tambah jabatan tersebut, ia akan “berhubung dengan Kongres dalam tempoh terdekat”, satu pengesahan yang menunjukkan tindakan Presiden itu masih memerlukan kelulusan pembuat dasar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast