TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, menambah keuntungan pada suku pertama apabila penanda aras utama mencatatkan kenaikan terbesar dalam tempoh hampir satu dekad.

Ini kerana, wujud kebimbangan tentang bekalan melebihi ketakutan terhadap ekonomi global yang perlahan.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Jun naik AS$0.34 atau 0.5 peratus kepada ASS $ 67.92 setong pada 0055 GMT, meningkat 27 peratus pada suku pertama.

Niaga hadapan US West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.30 sen, atau 0.5 peratus kepada AS$ 60.44 setong, selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus dalam tempoh Januari-Mac.

Sekatan ke atas Iran dan Venezuela oleh Washington serta pemotongan bekalan oleh anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar utama lain telah membantu menyokong harga tahun ini, mengatasi kebimbangan mengenai pertumbuhan global dan perang perdagangan Amerika Syarikat-China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast