R. Narresh

SHAH ALAM – Dua daripada 61 saksi untuk membantu siasatan kejadian rusuhan kuil di Seafield dekat sini pada 27 November 2018 dianggap penting kerana melihat sendiri sekumpulan perusuh bertindak.

Kedua-duanya melihat aksi memukul dan menyepak perusuh di sekitar kawasan Kuil Sri Mariamman.

Bagaimanapun menurut Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Subang Jaya, Liew Keng Joe tiada seorang pun yang menyaksikan dengan jelas siapa yang dipukul hanya seorang sahaja yang melihat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Kassim dikerumuni.

“Rakaman keterangan seramai 61 saksi, 29 saksi awam, ada mana-mana saksi boleh ceritakan atau nampak dengan jelas apa yang berlaku kepada mangsa. Ada dua saksi penting Naresh kedua Suresh.

“Naresh (R. Narresh) dirakam tiga kali pertama mengatakan dia orang pertama jumpa mangsa tapi kali keempat dia mengatakan dia orang kedua selepas Suresh (S. Suresh).

“Suresh ketika  diambil keterangannya nampak sekumpulan mengerumuni mangsa dia pun sendiri ditendang dari belakang oleh siapa pun tak tahu.

“Untuk kes ini saksi Nasarudin (Nasaruddin Abdullah) nampak seseorang mengerumuni sesuatu membuat pergerakan memukul menyepak tetapi tidak nampak siapa yang dipukul,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini sebagai saksi-28 hari ini.

Terdahulu Keng Joe memaklumkan keterangan 29 saksi awam telah dirakam, 14 orang pegawai dan anggota bomba, tujuh orang doktor pakar Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala 11 orang anggota polis.

Beliau dalam masa yang sama memaklumkan Unit Forensik Bukit Aman ketika membuat pemeriksaan terhadap jentera FRT dan van EMRS tidak menemui cap jari yang cukup sifat untuk mengaitkan mana-mana individu terhadap kejadian malam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

“Pada 28 November 2018 10:30 malam sepasukan makmal forensik PDRM  telah membuat pemeriksaan cap jari van dan jentera, mendapati kebanyakan adalah tidak cukup sifat tidak ada boleh dikaitkan mana-mana individu,” jelasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast