Tujuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung urusan cukai jalan yang dipercayai melibatkan ketirisan mencecah RM3.1 juta, dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Setiausaha Politik menteri bagi membantu siasatan berhubung penerimaan jam tangan mewah bernilai kira-kira RM28,000.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

Difahamkan, jam itu dipercayai diberi oleh sebuah syarikat sebagai dorongan untuk mendapatkan projek di bawah kementerian berkenaan.

Lelaki tersebut ditahan bagi siasatan lanjut berhubung penerimaan jam mewah, selain kemungkinan wujud kes rasuah yang lain.

Siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Jurucakap SPRM berkata, lelaki itu akan direman pagi esok di Mahkamah Putrajaya. – MalaysiaGazette