Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesal apabila Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang berakhir baru-baru ini lebih menonjolkan kepada pameran pesawat perjuang.

Perdana Menteri berkata, LIMA’19 sepatutnya menfokuskan kepada pameran pesawat kecil seperti diawal penganjurannya.

Namun, beliau mengakui kecanggihan teknologi dan inovasi telah mengubahkan bukan sahaja LIMA’19 tetapi negara-negara kuasa besar.

“Saya bercakap tentang teknologi dan inovasi apabila terdapat kuasa besar yang menggunakan mikrocip untuk buat macam-macam benda hari ini.

“Antaranya telefon dan juga senjata api namun apa yang saya kesal mereka sanggup menghabiskan wang dan masa untuk membunuh orang lain.

“Seperti LIMA’19 yang kini lebih kepada pameran pesawat pejuang berbanding pesawat kecil,” katanya.

Beliau ketika demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan utama pada Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2019 di Berjaya Times Square Hotel di sini hari ini.

LIMA’19 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi melibatkan penyertaan sejumlah 406 syarikat – 206 tempatan dan 200 asing – yang kebanyakannya berkaitan pertahanan.

Ia juga mencatatkan rekod dengan 240,000 pelawat mengunjungi pameran itu pada hari Jumaat dan Sabtu lalu.

Dr Mahathir melancarkan edisi pertama LIMA iaitu 28 tahun lalu pada 1991 dan sejak itu, LIMA telah berkembang menjadi pameran maritim dan aeroangkasa yang terkemuka di rantau Asia Pasifik. – MalaysiaGazette