Mohamad Sabu. foto SYAFIQ AMBAK, 27 OGOS 2018.
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Selepas Naib Presiden PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, membidas bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kini tiba giliran Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berbuat demikian.

Mohamad Sabu secara berseloroh berkata, beliau terkejut dengan sikap Ahli Parlimen Sembrong itu yang mengeluarkan kenyataan merendahkan prestasinya sebagai Menteri Pertahanan dengan mengaitkan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19).

“Saya hairanlah dia (Hishammuddin) ini, kenapa jadi macam itu? Beliau seorang bekas Menteri Pertahanan.

“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) yang buat LIMA yang pertama sendiri mengumumkan dalam ucapannya bahawa tahun ini yang terbaik,” katanyayang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu kepada pemberita di lobi Parlimen.

Selasa lalu, Hishammuddin mendakwa tiada sebarang perkara baharu diumumkan Kementerian Pertahanan pada LIMA’19 baru-baru ini.

Katanya, apa yang dihebohkan hanyalah kereta terbang dan kapal milik ahli perniagaan, Low Taek Jho. – Malaysiagazette