Siti Kassim

KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Kassim menyatakan rasa kecewa dengan kepimpihan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak bersetuju dengan ratifikasi Statut Rom.

Malah beliau seperti hilang harapan dengan kepimpinan kerajaan sekarang.

“Rapidly losing hope with leadership of PH,” ciapnya dalam twitter hari ini.

Siti Kassim berkata, sebelum Statut Rom, kerajaan PH juga didakwanya gagal melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan tidak melayan laporan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan menolak perlaksanaan ratifikasi Statut Rom.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/05/kerajaan-putus-gugur-ratifikasi-statut-rom/