LONDON – Ejen pelancongan, rangkaian pengangkutan dan firma-firma kewangan di sini antara kumpulan yang semakin bertambah dalam usaha memboikot perniagaan yang dimiliki oleh Brunei Darussalam selepas sultannya memperkenalkan hukum hudud baru-baru ini.

Agensi pelancongan global, STA Travel berkata, mereka sudah tidak lagi menjual tiket penerbangan Royal Brunei Airlines.

“Kami mengambil pendirian untuk menyuarakan pendapat kami yang mahu Brunei membatalkan undang-undang yang baharu dilaksanakan itu sebagai tanda sokongan kepada golongan LGBT di seluruh dunia,” kata syarikat yang dimiliki oleh konglomerat Switzerland, Diethelm Keller Group hari ini.

Virgin Australia Airlines pula menjadi syarikat penerbangan terbesar kedua selepas Qantas menghentikan perjanjian untuk menawarkan tiket diskaun kepada kakitangan Royal Brunei Airlines.

Royal Brunei bagaimanapun tidak memberi maklum balas mengenai perkara tersebut.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap sistem pengangkutan di London, Transport for London (TfL) berkata, ia telah menurunkan iklan-iklan yang mempromosikan Brunei sebagai destinasi pelancongan daripada kesemua rangkaian pengangkutan awam bandaraya tersebut atas alasan demi sensitiviti ramai.

Deutsche Bank pula melarang kakitangannya bermalam di sembilan hotel mewah Dorchester Collection yang dimiliki oleh Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

BIA bagaimanapun tidak membalas permintaan untuk mendapatkan komen.

Pusat Kekayaan Negara yang berpangkalan di United Kingdom menganggarkan BIA mempunyai aset bernilai AS$39 bilion di bawah pengurusan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Demi Allah dan islam tiada siapa yg Brunei perlu takuti kerana rezeki itu dlm kiraan Allah.

Comments are closed.