Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Datuk Takiyuddin Hassan dipilih menjadi Yang Dipertua Pas kawasan Kota Bharu.

Setiausaha Agung Pas itu dilantik ke jawatan tersebut selepas beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan kepimpinan parti berkenaan bagi sesi 2019/2021 yang berlangsung semalam.

Dalam satu kenyataan, Pas Kawasan Kota Bharu memaklumkan, bagi membantu tugas Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Dr Ramli Mamat akan memainkan peranannya apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan.

Beliau turut menang tanpa bertanding pada pemilihan itu manakala Nor, Azariza Nohd Alwi pula dipilih sebagai Naib Yang Dipertua.

Gerak kerja Pas kawasan Kota Bharu diperlengkapkan dengan pelantikan 14 orang ahli jawatankuasa baharu.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 yang berlangsung pukul 9 pagi di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) semalam itu dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin. – MalaysiaGazette