Kirstjen Nielsen . Foto Reuters

WASHINGTON – Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Kirstjen Nielsen yang melaksanakan polisi-polisi sempadan Presiden Donald Trump meletakan jawatan.

Pesuruhjaya Perlindungan Sempadan dan Kastan, Kevin McAleenan akan menggantikan tempat itu untuk sementara waktu, kata Trump.

Nielsen bertanggungjawab mencadangkan tembok sempadan dengan Mexico dan pemisahan pendatang dengan keluarga mereka.

Beliau melepaskan jawatannya selepas Trump memberi isyarat mahu melaksanakan polisi pendatang yang lebih ketat.

Trump mendakwa polisi-polisi Nielsen tidak cukup ketat.

Jumlah pendatang asing dari tengah Amerika semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan Trump mengancam untuk menutup sempadan Mexico.

Tetapi, Trump mempertimbangkan semula cadangan itu dengan memberi tempoh setahun kepada Mexico untuk menghentikan pendatang haram ke Amerika Syarikat.

New York Times melaporkan Nielsen telah bertemu dengan Trump untuk membincangkan perkara itu tetapi diberi tekanan untuk meletakkan jawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast