TERKINI : Cuba Letak Saya MB Semula! – Mohamad Hasan

RANTAU – Isu projek 242 rumah teres setingkat bagi generasi kedua Felda di Sendayan yang didakwa Pakatan Harapan (PH) sebagai gula-gula politik semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), mendapat maklum balas daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu berkata projek berkenaan tidak diteruskan kerana pemaju bertindak tidak mahu meneruskan projek berkenaan.

Semalam, Exco Perumahan Negeri Sembilan, Teo Kok Seong mendedahkan projek perumahan bagi generasi kedua Felda hanya janji BN untuk meraih undi pada PRU14.