Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Rangkaian Whatsapp, Facebook dan Instagram mengalami gangguan perkhidmatan bermula kira-kira pukul 7 petang tadi.

Gangguan tersebut turut dilaporkan oleh Mirror di mana ketiga-tiga rangkaian sosial milik Facebook itu bermasalah sejak beberapa jam lalu.  

Ribuan aduan diterima laman web downdetector.co.uk dari seluruh Eropah selain para pengguna rangkaian sosial itu turut memuatnaik rasa tidak puas hati mereka di laman Twitter. – MalaysiaGazette