WASHINGTON – Pete Buttigieg, Datuk Bandar South Bend di negeri Indiana, Amerika Syarikat, yang secara terbuka mengaku dirinya adalah gay, secara rasmi mengumumkan hasratnya pada Ahad untuk menjadi calon bertanding jawatan presiden, lapor agensi berita China Xinhua.

Buttigieg, 37, menyertai berpuluh-puluh anggota Parti Demokratik lain untuk mendapatkan pencalonan bagi bertanding merebut jawatan itu dengan mengetengahkan isu berkaitan kepercayaan beliau terhadap agama Kristian dan identiti seksualnya.

Merupakan veteran perang Afghanistan, Buttigieg meraih perhatian media susulan perselisihannya dengan Naib Presiden Mike Pence, yang juga penganut Kristian konservatif, berkaitan tentangan bekas gabenor Indiana itu dalam isu membabitkan hak-hak golongan gay.

Kempen Buttigieg telah berjaya meraih lebih US$7 juta pada suku pertama tahun ini.

Tinjauan pendapat terkini dalam kalangan pengundi Iowa dan New Hampshire, negeri paling awal yang akan mengundi dalam pilihan raya tahun depan, telah menempatkan Buttigieg di kedudukan ketiga dalam kalangan pesaing Demokratik.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast