KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya ADUN UMNO di Sabah yang tinggal selepas kesemua rakan seperjuangannya berpaling kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke dua sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi ADUN terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 Sept.

Tahun lalu, beliau memberikan alasan gagal menghadiri mesyuarat dan lewat mengangkat sumpah atas alasan masalah kesihatan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast