KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang beragama Kristian akan diberikan cuti tanpa rekod esok, sempena perayaan Good Friday.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Borhan Dolah menerusi surat pekeliling bertarikh 17 April 2019.

Namun cuti tanpa rekod itu dikecualikan kepada pegawai perkhidmatan awam di negeri yang diwarta sebagai kelepasan am.

“Kerajaan telah bersetuju untuk pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu hari sempena perayaan Good Friday mulai tahun 2019,” katanya menurut surat yang dimuat naik di halaman Facebook rasmi JPA.

Ia ditujukan kepada kementerian kerajaan, kerajaan negeri, badan berkanun kerajaan serta kerajaan tempatan.-MalaysiaGazette