TERKINI : 1,400 Peserta Kayuhan Sertai TNB “JMFR” edisi ke-12

KUALA LUMPUR – Acara berbasikal secara santai TNB Janamanjung Fellowship Ride (JMFR) kembali lagi untuk edisi ke-12 pada 28 April ini dengan lebih 1,400 peserta bakal mengambil bahagian.

Edisi kali ini menjadi lebih bermakna dan meriah sempena TNB Janamanjung Sdn. Bhd. (TNBJ) menyambut ulang tahun ke-20 kewujudan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak.

Kehangatan dan kemeriahan jelajah berbasikal itu semakin terasa menjelang acara itu dengan berlangsungnya majlis prapelancarannya di Dataran Vibrant, Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bangsar semalam.