KUALA LUMPUR – Kereta rasmi yang digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Salleh dicuri dari kawasan letak kenderaan berhampiran kedai sate terkenal di Kajang, Selangor.

China Press melaporkan, kejadian itu berlaku pada pukul 8 malam, Rabu lalu ketika pemandu Mohamad menjamu selera di kedai sate itu.

Pemandu itu mendapati kereta Vellfire yang digunakan untuk menghantar Mohamad hilang selepas makan malam.

Pemandu Mohamad dilaporkan mengambil kereta itu selepas dibaiki di sebuah bengkel di Jinjang, Kuala Lumpur.

Kesesakan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan bagaimanamun menyebabkan dia memasuki Kajang untuk menggunakan Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas) bagi meneruskan perjalanan ke Negeri Sembilan.

Pemandu itu juga mengambil kesempatan untuk makan malam di sebuah restoran sate terkenal semasa berada di Kajang.

Kecurian kereta itu juga menyebabkan pemandu itu kehilangan dompet, kad penguat kuasa, MyKad, kad bank dan Smart Tag yang diletakkan dalam kereta. – MalaysiaGazette