Tentera Vietnam berdiri bersebelahan kawasan pencemaran Agen Orang di Bien Hoa. foto Agensi

HO CHI MINH – Amerika Syarikat melancarkan operasi pembersihan bernilai berjuta-juta dollar di pangkalan udara di Vietnam yang digunakan untuk menyimpan Agen Orange, satu bahan kimia yang bahaya.

Program 10 tahun itu yang dilancarkan lebih dari empat dekad selepas berakhirnya Perang Vietnam, akan membabitkan kos sebanyak AS$183 juta.

Kawasan itu di Lapangan Terbang Bien Hoa, di luar bandar Ho Chi Minh, dianggap paling tercemar di negara ini.

Agen Orange disembur oleh pasukan tentera Amerika untuk memusnahkan hutan dan membinasakan tempat persembunyian musuh.

Bahan kimia itu mengandungi dioxin salah satu bahan kimia yang paling toksik yang diketahui manusia dan telah dikaitkan dengan kenaikan kadar pengidap kanser dan kecacatan kelahiran.

Vietnam memberitahu, beberapa juta rakyatnya terkesan dengan Agen Orange termasuk 15,000 kanak-kanak yang lahir dengan kecacatan teruk.

Di Bien Hoa, bahan kimia telah mencemarkan tanah dan meresap ke dalam sungai berhampiran.

Jumlah dioksin di kawasan itu adalah empat kali lebih tinggi daripada yang terdapat di Lapangan Terbang Danang, yang mana operasi yang sama telah selesai pada bulan November.

Satu kenyataan daripada Agensi Pembangunan USAID Amerika Syarikat, yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan itu berkata, lokasi itu adalah kawasan terbesar dioxin terbesar di Vietnam. – MalaysiaGazette