Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof hari ini meluahkan perasaan kesalnya kerana menjadi mangsa fitnah menggambarkan beliau sebagai pejuang kumpulan songsang dan menghalalkan perbuatan maksiat di negara ini.

Mujahid juga kesal apabila beliau dituduh menghalalkan perbuatan maksiat atas dasar kemanusiaan sedangkan beliau sendiri tidak pernah berkata demikian.

“Saya cakap tentang nilai amanah, bukan saya kata asal sahaja kemanusiaan, apa pun boleh. Saya tak kata pun, orang kata saya kata, apa dosa saya?

“Saya tak kata, bila masa saya kata golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) boleh. Bila masa saya kata zina tak apa asalkan tak nampak.

“Saya kata biar dia jawab dengan Allah di akhirat nanti, sebab bila saya bercakap tentang nilai-nilai ini (kemanusiaan), saya jelas,” katanya berucap pada sesi Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.

Mujahid juga menegaskan, beliau hanya mengikut perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran berhubung tuntutan kemanusiaan dan idea daripada beliau sendiri.

“Apa Allah kata baik, yang buruk dan tak elok apa yang Allah tak ada, bukan Mujahid kata. Saya hanya mengikut (Allah).

“Jadi, tak timbul yang orang kait dengan kita, sehingga saya ini menjadi popular sangat, menteri paling hiba. Berzina pun taffadal (silakan) asalkan jangan kena tangkap, LGBT tafaddal (silakan) pasal rahmatal lil alamin, orang kafir pijak kepala, pasal rahmatal lil kafirin.

“Saya kata jaga, sesiapa yang kongsi (fitnah) pun jawab (dengan Allah di akhirat). Saya sudah terang, tapi orang dok ulang-ulang (fitnah),” katanya lagi. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Dosa kamu ialah memfitnah untuk kemenangan dan jadi menteri…hidup dah tak tentaram…sepertimana yg kamu kata…jawaplah dengan Allah SWT di akihrat nanti.

  2. Satu lg dosa yg kau perlu jawab..kau telah bersekongkol dgn kafir dapig utk mencampuri urusan TH hingga menybabkn banyak aset TH dijual dan disamun. Mana otak kau yg kau cakap mengikut peritah allah dlm al quran.
    Oleh krn kebodohan kau menybabkn org islam negara ini kerugian besar. Kau bukan kalangan pembela islam tp banyak menguntungkn kafir dapig..memang hifup kau xakan tenang lg krn terlalu banyak org tehal sumpah kau..dn tunggu masa je kau akan jatuh..

  3. Nafi selagi boleh. Rakyat pandai menilai sendiri. Banyak video dlm youtube. Menteri sepenggal.

Comments are closed.