DELHI – Bintang Superstar Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan hari ini mengajak rakyat India untuk keluar mengundi beramai-ramai supaya  memilih kerajaan baharu.

Namun cara atau kaedah pelakon tersohor itu dilakukan menerusi lagu rap yang berjaya mencuri tumpuan puluhan ribu pengikutnya di India.

Klip video itu dimuat naik beliau dalam media sosial Youtube dan Twitter peribadinya.

Video berdurasi satu minit enam saat itu disukai 40,317 orang dan ditweet semula oleh 8,984 orang sejak dimuat naik pukul 1.59 pagi semalam.

Shah Rukh Khan turut berkongsi video khas berkenaan mengajak rakyat India mengundi bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi dalam bahasa Hindi.

Mesej itu hadir selepas Modi meminta selebriti India dalam twitter pada 13 Mac lalu untuk menggalakkan rakyat India mengundi pada Mei ini sebelum maklumbalas Sharukh Khan semalam.

 

Ia membawa maksud bahawa “Ini suara kreativiti, saya sedikit terlewat dalam menghasilkan video ini. Mengundi bukan hanya hak kamu, ia adalah kuasa kita.”

Rakyat di India menjalankan tanggungjawab demokrasi mereka sejak 11 April lalu dalam bentuk tujuh fasa sehingga 19 Mei ini.

Usaha Shah Rukh Khan menghasilkan video mengajak pengundi dikatakan mampu membawa kesan memastikan rakyat keluar beramai ramai menunaikan tanggungawab mereka demi negara.

Modi yang ternyata teruja dengan kaedah Shah Rukh Khan itu turut berkongsi pendapat dan membalas twitter video yang sama.

“Saya pasti rakyat India khususnya pengundi berdaftar kali pertama akan memberi perhatian kepada seruan anda dan keluar mengundi beramai ramai,” kata Modi.- MalaysiaGazette