RIO DE JANEIRO – Ajal maut di tangan Tuhan, begitulah nasib seorang model lelaki popular tempatan yang meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang memperagakan pakaian Sao Paulo malam tadi.

Agensi melaporkan, model lelaki itu yang di kenali sebagai Tales Soares yang juga didakwa tidak berapa sihat namun tetap mahu melakukan catwalk pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).

Kata penganjur, Soares yang ketika itu sedang berjalan ke pentas utama secara tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.

Rata-rata penonton yang hadir terkejut dan binggung sebelum di tenangkan oleh penganjur dengan mengatakan model itu sudah dibawa ke hospital dan memohon kepada umum berdoa.

Pada awalnya, dilaporkan penonton menyangka Soares sedang melakukan gimik sebelum pasukan paramedik menghampiri model lelaki kacak itu.

Bagaimanapun, sejurus sampai doktor mengesahkan model berusia 26 itu sudah meninggal 10 minit yang lepas.

SPFW kemudian dalam satu kenyataan pagi tadi melahirkan rasa sedih dan takziah tidak terhingga kepada keluarga dan sahabat handai berhubung insiden tersebut.

Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Soares, kami berharap semua akan bertabah dan ini adalah sesuatu yang sangat menyakitkan sebenarnya, semoga rohnya akan di rahmati,” katanya kenyataan itu.

Pihak berkuasa masih lagi menyiasat berhubung insiden tersebut dan belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tentangnya. –MalaysiaGazette