Marzuki Yahya

KUALA LUMPUR -Pelantikan Mazlan Bujang sebagai Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu negeri Johor akan berkuatkuasa 25 Mei ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, pelantikan Mazlan bagi menggantikan tugas Datuk Osman Sapian.

“Adalah diharapkan dengan pelantikan tugas ini YB Mazlan dapat menyumbangkan idea dan tenaha serta menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan penuh komitmen demi kepentingan parti,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Marzuki, pucuk pimpinan juga mengucapkan terima kasih kepada Osman atas sumbangan beliau ketika menjawat jawatan yang sama.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menjadi Pengerusi badan Pimpinan Bersatu Johor sebaliknya beliau adalah Pengerusi Pakatan Harapan Johor.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mazlan dilantik Pengerusi Bersatu Johor