Ketua Polis Daerah Tampin Supt Ramli Kasa berkata kedua-dua pelajar tersebut ditemui bapa seorang daripada pelajar itu kira-kira pukul 1 pagi di sebuah pusat komputer di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang.

KUCHING – Seorang peniaga kerugian RM192,000, gara-gara mempercayai ‘bomoh’ yang mendakwa mampu menghalau hantu di kediaman milik peniaga tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa berusia 55 tahun dari Padawan, terserempak dengan tiga perempuan yang tidak dikenali, memberitahu yang mereka sedang mencari daun untuk mengubati penyakit kulit anak salah seorang dari mereka.

“Kemudian suspek mengatakan rumah yang didiami mangsa di Jalan Stephen Yong, mempunyai hantu sejak sembilan tahun yang lalu, dan akan membantu mangsa melakukan upacara sembahyang di rumahnya, dengan syarat mangsa perlu mengeluarkan kesemua wang simpanan dan menyerahkan kepada mereka terlebih dahulu.

“Pada hari yang sama, mangsa yang diiringi salah seorang suspek mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM180,000 di sebuah bank di Batu 3, Kuching, dan menyerahkan pelbagai barangan kemas miliknya kepada suspek di tempat letak kereta di MJC Batu Kawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, suspek kemudiannya menyerahkan satu bungkusan dikatakan berisi wang, dan barangan kemas milik mangsa, dan hanya boleh dibuka selepas seminggu, namun, selepas seminggu mangsa menyedari ditipu selepas mendapati hanya terdapat dua botol air mineral dan empat kotak air soya.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang suri rumah berusia 68 tahun kehilangan RM100,000, setelah terpedaya dengan tabib cina, yang mendakwa ahli keluarga mangsa akan ditimpa bencana, dan dia mengatakan akan membantu mangsa melakukan upacara sembahyang membuang sial.

“Suspek mengarahkan mangsa balik ke rumah untuk mengambil wang tunai dan barangan kemas, dan turut mengarahkan mangsa mengeluarkan wang simpanan di dalam akaun untuk diserahkan kepada mereka.

“Pada hari yang sama, mangsa menyerahkan wang tunai dan pelbagai barangan kemas keseluruhannya bernilai RM100,000,” katanya.

Mustafa berkata, suspek menyerahkan kembali bungkusan plastik hitam dan meminta mangsa menyimpan bungkusan plastik itu di dalam begnya, dan menurut suspek, mangsa hanya boleh membuka bungkusan plastik itu selepas 52 hari.

“Mangsa menyedari ditipu setelah membuka bungkusan plastik itu setiba di rumahnya, dan mendapati hanya terdapat empat botol air meniral dan pasir yang dibalut dalam surat khabar lama,” katanya.

Mustafa berkata, kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast