KUALA LUMPUR – Siapa sangka, detik pahit ketika baru hendak mengorak langkah untuk memahat nama dalam arena seni Tamil tempatan, akhirnya jadi jambatan persahabatan buat dua anak muda.

Daripada sekadar berkongsi kesedihan, kedua anak muda ini, N Barathirajaa, 32, dan R Maghathevan bergabung idea mencipta video muzik video.

Mereka bukan sahaja berjaya menambat hati pendengar tempatan, sebaliknya lagu ciptaan kedua-dua anak muda itu sudah berkumandang di BBC Radio London baru-baru ini.

Menariknya, mereka tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik, hanya berbekalkan minat serta tidak putus asa menyaksikan mereka melakukan sesuatu di luar kotak fikiran.

Malah, Barathirajaa dan Maghathevan tidak menyangka persahabatan serta pengalaman ‘heart to heart di taman permainan sejurus selepas filem pertama lakonan Maghathevan dan pengalaman menggubah lagu oleh Bharathirajaa sebagai komposer tidak menjadi.

Insiden yang berlaku dua tahun lalu menyebabkan kedua-dua mereka berkenalanan dan menjadi sahabat baik dan seringkali berkongsi duka akibat kegagalan pertama mereka dalam industri seni sehingga menyebabkan kedua-dua insan ini bergabung menghasilkan lagu pertama di sebuah taman permainan.

Magha3MalaysiaGazette yang sempat bertemu dengan Maghathevan mendedahkan, pada masa itu kedua-dua mereka hanya sekadar bermain-main mencipta lagu dengan Bharatirajaa akan membawa peralatan muzik seperti gitar.

“Saya pula akan berikan lirik kepada muzik adunan oleh Baratirajaa. Kami tidak sangka pula akhirnya yang kami ‘acah-acah’ itu menjadi satu muzik yang kini menjadi ikutan penggemar muzik tempatan.

“Dari situ kami dapat idea untuk menubuhkan sendiri sebuah studio yang dikenali sebagai ‘BR Studios’. Kami cipta lagu, kemudian dari situ hasilkan pula sebuah muzik video menggunakan konsep mencerminkan kebudayaan masyarakat India Malaysia.

“Percaya atau tidak, apabila kami muat naik lagu pertama itu yang dikenali sebagai ‘Oorellam’ yang kemudian mendapat sambutan mencecah 500,000 dan mula menjana pendapatan melalui YouTube sejak hampir 9 bulan lepas.

“Selain itu, lagu itu juga mula dimainkan bukan sahaja dalam radio tempatan seperti MinnalFM sehingga kami mendapat anugerah ‘Best Song of The Year 2018 Minnal FM’ kerana lagu itu sering menjadi permintaan umum.

“Lagu kami itu juga dimainkan oleh BBC Radio London oleh pengacara terkenal, Ashanti Omkar selain daripada ianya juga turut dimainkan dalam saluran Tamil di Singapura, Oli FM dengan permintaan tinggi.

“Sebenarnya, selain daripada peminat tempatan yang menyukai lagu serta muzik video itu, sebenarnya MinnalFM banyak memberi dorongan serta sokongan dengan memainkan ia dalam saluran radio tempatan. Dari situ lagu kami menjadi semakin terkenal.

“Jika anda ingin tahu, kami berdua bukanlah yang ‘hebat’ dalam industri ini. Minat saya lebih kepada berlakon manakala Bharatirajaa pula sukakan muzik dan kebanyakannya hanya sekadar belajar dari YouTube sahaja.

“Sesuatu yang hebat, Baratirajaa banyak habiskan masa belajar bagaimana mengendalikan instrumen muzik secara sendirian, sama ada melalui YouTube atau bercakap sendiri dengan sesiapa atau membaca. Itu sahaja, minat sejak umurnya 15 tahun. Dia mendapat sokongan keluarganya sendiri, seperti ayah pesara bomba, dua orang kakak.

“Saya pula, baru sahaja tamatkan pengajian sebagai ‘safety officer’. Itu adalah minat saya yang utama, namun hiburan ini juga dekat di hati, saya suka berlakon. Saya juga suka lakukan kerja-kerja berkait dengan ‘PR’.

“Kerana itu juga, sejak BR Studios di tubuhkan, Baratirajaa hanya akan menumpukan keseluruhan perhatian dalam penghasilan muzik manakala saya pula tumpu tugasan pemasaran dan PR.

“Siang malam selain mempunyai kerja hakiki kami yang lain, kami tumpukan perhatian dalam penghasilan muzik video kami sendiri. Menariknya, kami juga sudah hasilkan muzik video kedua baru sahaja dilancarkan secara rasmi hari ini di kenali sebagai ‘Aathadi’.

“Konsep kami agak menarik kerana kami bukan sahaja ada elemen cinta seperti yang dimahukan golongan muda kita dengan muzik ‘slow’ atau rancak, sebaliknya video itu penuh dengan kebudayaan masyarakat India di negara ini. Kami sangat berjiwa patriotik dan sentiasa berbangga untuk menonjolkan Malaysia kami cintai ini,” katanya.

Magha2Jelas Maghathevan lagi, sejak setahun lalu dia dan Baratirajaa telah banyak mencungkil bakat baharu khasnya penuntut pengajian tinggi yang berkebolehan luar biasa.

Antaranya bangkat yang telah dicungkil ialah Shatish Naidu, Prieya Vathani, Sandra Prakash bagi Oorelam, untuk Aathadi pula seperti Luckshmi, Deeviyaah Barrathy, Kalaiyarasi, Jeremy, pelakon cilik seperti Thaysha Yogendran dan Aarya.

“Pastinya mereka juga seperti kami, tercari-cari siapakah yang boleh mencungkil apa yang ada dalam diri mereka. Dan benar, seperti kami, mereka juga mempunyai bakat luar biasa, ada boleh menyanyi, ada boleh berlakon. Ubah muzik dan sebagainya. Jika mahu lihat pengalaman, tidak ada.

“Sebenarnya, jika kami berputus asa dan merasakan nasib tidak menyebelahi kami, pastinya kami tidak sampai ke peringkat ini. Sebaliknya, anda sendiri tidak akan menemuramah saya atau muzik video kami seperti Oorelam itu menjadi ikutan mahu pun  Aathadi ini menjadi realiti,” ujarnya.

Maghathevan juga mengakui kini pihaknya tidak menang tangan kerana mendapat pelbagai tawaran dan berkata, ini hanya permulaan dan banyak lagi perlu dipelajari supaya dapat menhasilkan lebih banyak muzik bertaraf antarabangsa. –MalaysiaGazette

Taysha

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast