Ti Lian Ker

GOMBAK – Rakyat tidak akan lupakan janji-janji Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya yang lalu, sebaliknya akan menilai sejauh mana parti itu bersungguh-sungguh menunaikannya.

Rakyat kini, kata Koordinator Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (INSAP), Datuk Ti Lian Ker semakin celik dan tidak mudah untuk diperbodohkan.

Mereka kini lebih menganggap manifesto yang disuarakan sebelum ini penting, apatah lagi ia berkaitan dengan kos sara hidup.

Namun kini apa yang dilihat, tambah Lian Ker, adalah kerajaan PH sering membuat pusingan U dalam janji-janji terdahulu.

“Jangan ingat rakyat bodoh. Mereka sekarang memerhati dan menilai.

“Contoh Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kamera AES, semua ni tidak terlaksana walaupun sebelum ini diperjuangkan parti itu,” katanya sebagai panel pada seminar Sempena Setahun PRU-14: Analisis dan Perspektif.

Alasan menyalahkan Barisan Nasional (BN) sebagai punca kegagalan untuk menunaikan janji, menurutnya, tidak lagi boleh digunapakai.

“Janganlah gunakan alasan salah BN dulu, itu ini,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Zuhdi Marzuki berkata, rakyat membuat keputusan pada PRU-14 berdasarkan apa yang dijanjikan meskipun kebanyakan populis namun ia perlu dilaksanakan kerana telah disuarakan.

MGF02052019_GE14 AND THE YEAR SINCE – ANALYSES AND PERSPECTIVES26
Penyelidik Pusat Pas, Dr. Zuhdi Marzuki bercakap pada seminar Sempena Setahun PRU-14: Analisis dan Perspektif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 MEI 2019

Justeru sudah tentu atas faktor itu juga mereka memberikan kemenangan kepada PH, tambah beliau.

“Kajian Pas di Terengganu sahaja mendapati kebanyakan membuat keputusan mempertimbangkan manifesto. Mereka (pengundi) ini pun dari kalangan profesional dan banyak lagi.

“Yang buat sepatutnya kena pertimbangkan kemampuan mereka dan polisi,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast