KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bagi menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Negara (KPN).
Beliau yang diiringi KPN, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tiba pada pukul 9.10 pagi ini.
Pada majlis itu, Muhyiddin memakaikan pangkat Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Abdul Hamid Bador bagi menggantikan Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib esok.
Mohamad Fuzi kemudian menyerahkan tongkat kuasa KPN kepada penggantinya itu. – MalaysiaGazette